Carta Hati Part 1


Kisah Feeqah... 'engkau duduk disitu,diam tersipu malu,mahu mendekati aku..'

Akhirnya Feeqah mengambil keputusan untuk duduk di atas sebuah bangku di tepi tasik selepas berjalan-jalan menghirup udara segar. Sedang Feeqah duduk dia terasa seperti seseorang memerhatikan dirinya.Dia melihat ke kiri dan ternampak seorang lelaki sedang merenungnya...

Baru sahaja feeqah mengambil keputusan untuk memarahi lelaki itu, lelaki itu terlebih dulu memanggilnya..

lelaki      : Feeqah? Itu awak ke?
Feeqah  : A'ah.. Awak siapa ye?
lelaki     : Lutfi, Lutfi Hadi jiran awak dekat kedah dulu...
Feeqah  : ohh Lutfi...Dulu kita selalu main sama-samakan??
Lutfi      : A'ah..
Feeqah  : Awak buat apa dekat sini??
Lutfi      : Saya baru pindah..
Feeqah : Oh... awak sekolah dekat mana?
Lutfi      : SMK Seri Titiwangsa
Feeqah  : Eh sama!
Lutfi       : Erm saya balik dulu ye.. rumah saya dekat persiaran titiwangsa..
Feeqah   :Oh...
Lutfi       : Rumah awak dekat mana?
Feeqah  : Samalah.
Lutfi       : Owh..Awak tak takut ke balik sorang-sorang?
Feeqah   : Nak takut apa??Kalau takut pun,saya kena jugak jalan kaki...
Lutfi       : Kesian awak...Saya teman awak balik ya..
Feeqah   : Eh takpelah... Lagipun dekat je...
Lutfi      : Takpe...kesian awak balik sorang-sorang..
Feeqah  : Takpe ke kalau awak balik lambat?
Lutfi      :Takpe...Lagipun rumah awak kan satu jalan dengan rumah saya.
Feeqah : Okay..

Pada mulanya, Feeqah berasa kekok berjalan dengan Lutfi, kerana waktu di Kedah dia pernah menyukai Lutfi.Sehingga kini perasaan itu masih ada..Lutfi dan Feeqah berbual sepanjang perjalanan.

Feeqah  : Okay kita dah sampai. 
Lutfi       : Besar jugak rumah awak..
Feeqah  : Ye ke? Terima kasih..Rumah awak dekat mana?
Lutfi      : Tu.. (sambil menunjukkan rumah dihadapan rumah Feeqah)
Feeqah  : lah,dekat jer...
Lutfi     : Hahaha awak ingat dekat mana?
Feeqah : Rumah-rumah yang sederat dengan saya..
Lutfi     ; Hehe erm..Bye jumpa esok okay..
Feeqah : Bye...

'Macam mana nak jumpa dia lagi esok?Aigoo saya nak jumpa Lutfi lagi...' keluh hati kecil Feeqah..

 Kisah Thia.. 'Aku mulai resah,Hatiku jadi kebah,Melihat dirimu aku rebah..'

 Thia sibuk berkerja di 'bakery' keluarganya : Thia Bakery . Sedang dia sibuk membuat roti untuk kedai itu.Adiknya Ainaa memanggilnya.

Ainaa   : Kak Thia, ada orang nak jumpa! (sambil berlari ke dapur untuk berjumpa dengan kakaknya.)
Thia     : Siapa Ainaa?? (Thia membisik kepada Ainaa)
Ainaa   : Entah.Tapi dia comel..(Ainaa membisik kepada Thia semula)
Thia     : Ish budak ni!
Ainaa   : Hehehe pergilah jumpa dia...
Thia     : Okay-okay

Thia keluar dari dapur dan disitu dia melihat seorang lelaki sedang melihat kek-kek yang berada di kedai itu.

Thia    : Yea . Encik nak beli apa? 
Lelaki  : Opocot kau!
'Harap je macho tapi melatah!' kata Thia di dalam hati..
Lelaki : Thia takyah lah panggil aku encik.
Thia    : Ha?
Lelaki : Ni akulah Afiq.Baru sebulan tak jumpa dah lupa.
Thia    : Macam mana aku tak kenal?Pakai macam nak pergi dating.Dengan cermin mata hitam dia lagi.
Afiq    : Yelahh aku nak pergi keluar dengan Nana..
 Thia  : Oh.. ermm so kenapa kau datang sini? (dengan nada yang sedih)
Afiq   : Nak beli kek atau cupcake untuk dia..Hari ni birthday dia..
Thia   :Oh okayy..Bajet kau berapa??
'Birthday aku?Kau tak ingatkan?' detik hati Thia.
Afiq  : Rm 30 gitu..
Thia  ; Aku rasa kau patut beli cupcake ni. (sambil menunjukkan sederet cupcake berhuruf)
Afiq : Eh kenapa duit aku tak cukup nak beli kek ke??
'Cukup tapi aku tak nak kau beli untuk dia!!' detik hati Thia lagi.
Thia  : Lebih jimat.. satu ni Rm 3. kau beli 2 huruf N dengan dua huruf A nanti baru Rm 12.Kan jimat..
Afiq  : A'ah lah.. okaylah..

Thia berjalan ke kaunter dan mengambil sebuah kotak lalu menyusun cupcake untuk membentuk nama nana.

Thia meletakkan kotak itu kedalam beg plastik lalu menghuluran beg itu kepada Afiq.

Afiq    : 12 ringgit kan?
Thia    : Emmm (dengan nada sedih)
Afiq    : Nah.Keep the change. (sambil menghulurkan 15 ringgt kepada Thia)
Thia    : Terima kasih.Datang lagi (dengan senyuman terpaksa)

Afiq melangkah pergi dari kedai itu...

bersambung...



0 Peminat Miss Rara:

Post a Comment