Carta Hati Part 2


Kisah Tasya... 'Tapi hati in,kuat menyatakan kau terkini duduk di carta hati...'

Tasya berjalan perlahan-lahan ke taman tasik titiwangsa... Sampai sahaja di sana, dia ternampak rakan baiknya, Feeqah..Baru sahaja dia mahu menegur Feeqah, Dia ternampak seorang lelaki sedang berbual-bual bersama Feeqah..

'Ooo.. dating tak bagi tahu aku..' detik hati kecil Tasya.

Tasya berjalan meninggalkan Feeqah...Tasya merasa amat bosan, pada cuti sekolah itu.

' Feeqah sibuk dating,Thia sibuk kerja..Fyra? Tah kemana hilangnya...Aigoo bosan!' detik hati Tasya lagi..

Sedang dia berjalan-jalan, seorang lelaki terlanggarnya menyebabkan dia jatuh... seorang remaja lelaki berjaya menahan dirinya daripada jatuh..

Lelaki yang melanggar : Eh sorry dek... (lalu berjalan meninggalkan Tasya dan remaja lelaki itu..)
Remaja lelaki   ; erm awak okay?
Tasya              : Okay-okay..( sambil berdiri tegak)
Remaja lelaki   : Tasya??
Tasya              : A'ah.. (sambil memandang muka remaja lelaki tu tadi) Rizki erk??
Rizki               : A'ah..

' Ha? budak paling popular dan juga musuh aku dekat sekolah selamatkan aku?Aigoo comel lah dia hari ni'Detik hati Tasya.

Tasya            : Ada orang nampak tak tadi??
Rizki              : Nampak pe?          
Tasya            : Nampak awak selamatkan sayalah.. kita ni kan musuh..
Rizki             : hahhha takdenya..kita ni musuh dekat luar jugak ke??
Tasya           ; Entah..
Rizki            : Kejam kan awak ni..
Tasya           ; kenapa?
Rizki             : Bagi no. tel kedai pizza dekat saya..
Tasya           : Ah?
Rizki            : Masa hari last tu kan saya mintak no. tel awak..
Tasya          : Oh hahah...awak bawak telefon awak?
Rizki            : Bawak...kenapa??
Tasya          : Bagi no. awak.. cepat saya nak miss call awak ni.. (sambil mengeluarkan telefon bimbitnya)
Rizki           : 01x -xxx xxxx
Tasya         : okay-okay (lalu menelefon nombor itu)

tiba-tiba ada lagu fobia cinta... rupa-rupanya itu ringtone Rizki..Tasya meng-off kan phonenya..

Tasya   : haha jiwang jugak awak ni...
Rizki     : Suka hatilah! Kita tengoklah ringtone awak apa..(lalu menelefon Tasya..)

kedengaranlah lagu carta hati dari telefon  Tasya.. Rizki terus meng-off kan phonenya.. lalu ketawa berdekah-dekah..

Rizki : Rupa-rupanya dia pun sama hik hk hik
Tasya : Suka hatilah : p
Rizki : pukul berapa erk??
Tasya : 4.50..
Rizki : Okaylah saya balik dulu..rumah awak dekat mana?
Tasya : Dekat dengan rumah feeqah..
Rizki : Dekat mana tu??
Tasya : A'ah awak bukan nya tahu rumah Feeqah pun.. Persiaran Titiwangsa..
Rizki :  Oh...
Tasya : Rumah awak?
Rizki : Lorong titiwangsa 2...Awak nak saya teman awak balik ke?
Tasya : Eh takpe-takpe dekat jer..
Rizki : Jalan jelah sama-sama dah dekat dah rumah kita..
Tasya : Yelahh...

Tasya  dan Rizki pun berjalan untuk ke rumah masing-masing.. sepanjang perjalanan kedua-duanya tidak berbual-bual langsung...

Tasya : Tapi hati in,kuat menyatakan kau terkini duduk di carta hati...
Rizki   : Ah?
 ' Adoii kenapa aku nyanyi kuat-kuat?? ' Kata tasya didalam hati..
Tasya : Itu lagu Carta Hati lerr...
Rizki   : Ye ke??
Tasya  : Ye!!!
Rizki   : Okay saya kena masuk jalan ni.. (sambil menunjukkan  lorong berdekatan dengan mereka..)
Tasya : Okay-okay bye..
Rizki  : Bye..(lalu berjalan ke arah lorong itu..)

Tasya berjalan perlahan-lahan ke arah rumahnya... Dia juga sempat memanjangkan lehernya untuk melihat rumah Feeqah..Sampai sahaja di pintu rumahnya..Dia terduduk di atas tangga dihadapan pintu rumahnya..

' Ada orang cakap kita ni musuh...Tapi,hati aku menyatakan kau terkini dalam carta hatiku...' Detik hati Tasya.. Dia terus masuk ke rumahnya apabila melihat seekor kucing..Dia geli dengan kucing.. heheh

Kisah Fira... ' lalu cinta kita bermula,dari mata turun ke jiwa, dari rakan menjadi
                                    cinta,lalu berjanji untuk setia'

Selesai sahaja Fira minum petang dia menarik tangan kembarnya,Ariyana..

Fira   : Yana, jom pergi taman...
Yana : Teman depan tu je dah takut nak pergi.. Apalah..
Fira   : Alahh please..
Yana :No way! Yana nak kemas beg...
Fira   : Kemas beg buat apa?
Yana : Pergi Port Dickson lah... Kan nak pergi esok...
Fira   :  Hehehhe Fira lupa...
Yana : Nyanyuk! Dah jangan kacau Yana.. (lalu berjalan ke arah laptop untuk membuka internet)
Fira   : Kata nak kemas beg
Yana : Sibuk!!
Fira   : Fira nak pergi taman, nak beli aiskrim.. Yana nak??
Yana : Fira, tak payah pergi taman... dekat bawahkan ada  aiskrim..

Tiba-tiba..

" Yana! Fira ! Nak ikut Mama pergi kedai tak? Mama nak beli tikar dan pelampung! "

Yana : Nak-nak!! Sekejap ya Ma! Fira nak pergi tak? ( sambil memakai selendang berwarna ungu.)
Fira   : Nak lah... Yana tunggu k.. (lalu memakai selendang berwarna oren)

Yana dan Fira terus ke kereta sebak sahaja mereka siap.

Fira     : Ma! Kenapa lama sangat?
Mama : Kejap!!
Fira     : Hang tak bosan ke?
Yana   : Ha? tak dengar..
Fira     : mesti dengar lagu..
Mama : Okay dah siap cepat masuk dalam kereta..

Sampai sahaja di kedai, Yana berlari ke arah novel-novel.. kelajuan  nya mengalahkan lipas kudung! Fira pula berjalan ke arah majalah perlahan-lahan.. Ibu mereka ke bahagian makanan untuk membeli beberapa snek.

Selepas melihat-lihat majalah yang ada di kedai itu, dia mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Yana ke bahagian novel.

Yana : Fira, ada majalah e-pop tak?? (dengan mata yang bersinar-sinar)
Fira   : Ada..
Yana : yeah! (lalu berjalan ke arah majalah-majalah..)

Fira melihat satu-persatu tajuk novel di situ.. kebanyakan nya Yana dah ada.. jadi tak payah lah dia beli lagi.. memang Fira dan Yana akan berkongsi barang-barang yang mereka ada...Akhirnya Fira jumpa sebuah buku yang tidak dimiliki oleh Yana..

' Hmmm Carta Hati.. macam best je...' Kata Fira dalam hati..

Baru sahaja Fira mahu mengambil buku itu.. ada orang lain mengambil buku itu..

Fira  : hey! Saya nak buku tu dulu lah!(sambil memandang orang yang mengambil buku itu..) Arif?
Arif  : Eh Fira! Kau buat apa kat sini?
Fira  : Nak buku tu lah.. (sambil menunjukkan buku ditangan Arif)
Arif  : Opss sorry sorry.. (sambil menghulurkan buku itu kepada Fira)
Fira  : Anyway buat apa kau nak ambik buku ni? (sambil mengambil buku yang dihulurkan oleh Arif)
Arif  : Saja buang tabiat...
Fira  : Betul-betul lah..
Arif   : Aku nak baca lerr
Fira  : Kau ? Buku ni? Tak kena langsung.
Arif  : So ada ku kesah!
Fira  : hehehe
Arif   : Wei...
Yana : Yo! Dating eh?? (sambil tersenyum nakal)
Fira   : Ye lah tuuuuuuu
Yana : Cakap jer! Anyway mama panggil
Fira   : Okay-okay.. (lalu meletak buku itu di rak semula..) Bye..
Arif    : bye.. (dengan nada sedih)
Yana  : Yo nanti korang dating lah lagi.. Takyah sedih..
Arif    : Takde maknanya!

Fira dan Yana terus ke ibu mereka di kaunter bayaran...
Di kereta..

Fira : kau ni sibuklah tadi (membisik kepada Yana)
Yana : Cerita kat bilik okay..
Fira  : Okay-okay.. Ma.. tutup radio..Nak dengar lagu dekat phone..

Ibu mereka menutup radio..

Fira  : Yana buka lagu...
Yana: .. Fobia Cinta!
Fira  : Bukanlah Carta Hati...
Yana  : okay..

'lalu cinta kita bermula,dari mata turun ke jiwa, dari rakan menjadi cinta,lalu berjanji untuk setia.. kau tahu aku suka kau kan?' detik hati kecil Fira..

bersambung...

0 Peminat Miss Rara:

Post a Comment